Monday, 1 February 2021

KAEDAH MENGGORENG KEROPOK

1. Masukkan minyak dua kali ganda dari berat keropok dan pasangkan api PERLAHAN

2. Biar minyak sedikit panas (60 °C) dan mula masukkan keropok 

3. Tunggu semua keropok timbul sepenuhnya dan kuatkan tekanan api sedikit

4. Kacau keropok supaya ia masak sekata.

5. Keropok siap dimasak apabila ia berwarna perang dan berkerak keras

TIPS & PERHATIAN:

1. Untuk Gorengan kali kedua, tutup api dan biar minyak sedikit sejuk sebelum memasukkan keropok

2. Goreng keropok sehingga garing jika tidak keropok akan mengecut semula ketika dihidangkan.



Tuesday, 2 September 2014

Sejarah Perusahaan

Industri Keropok Tronoh atau nama sebelumnya Mohd Azmi Enterprise telah mula menjalankan aktiviti membuat keropok sejak tahun 1993. Perusahaan ini dicetuskan oleh En Mohd Azmi b Ibrahim dan isterinya Pn Rokiah bt Mohamad dengan bermodalkan wang sendiri iaitu sejumlah RM 500.00. Pada tahun 2001, Industri Keropok Tronoh telah menjadi anak angkat Jabatan Perikanan Malaysia dan mula berkembang maju. Pada asalnya pembuatan keropok adalah untuk jualan sendiri untuk dipasarkan di pasar malam dan pasar pagi di sekitar daerah Perak Tengah.


Kilang baharu yang telah mula beroperasi pada tahun 2011

Tetapi bermula tahun 1999, Industri Keropok Tronoh telah mula menjadi pembekal keropok lekor dan keropok kering. Pasarannya meliputi seluruh Negeri Perak dengan menggunakkan agen pengedar di setiap daerah dan kawasan. Pada bulan April 2011, Industri Keropok Tronoh telah berpindah ke kilang baru yang lebih luas dan lebih sistematik dengan bantuan geran pemadanan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Dengan adanya bantuan ini Industri ini dapat berkembang dengan lebih maju selaras dengan misi dan visinya disamping dapat menghasilkan produk yang lebih berkualiti untuk dipasarkan ke seluruh Malaysia dan seterusnya ke luar negara.

Maklumat Pemilik

Encik Mohd Azmi Bin Ibrahim dilahirkan pada tanggal 04 Januari 1963 dan telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Tumpat, Kelantan. Beliau kemudiannya telah melanjutkan pelajaran di ILP Kuala Lumpur di dalam bidang Automotif Jentera Berat. Selepas tamat latihan, beliau membuka bengkel sendiri untuk beberapa tahun. Beliau telah berhijrah ke Perak dan menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini gadis pilihannya sendiri yang berasal dari negeri tersebut.

En. Mohd Azmi (berbaju hijau) bersama tetamunya

Bagi menyara keluarga, beliau memulakan perniagaan secara kecil dengan menjaja buah-buahan di pasar malam.Malangnya perniagaan beliau tidak menguntungkan dan terpaksa berhenti berniaga. Beliau mengambil keputusan untuk bekerja sebagai mekanik di Pulau Pinang bagi menampung isteri dan anaknya. Selang beberapa tahun, setelah cukup modal memulakan perniagaan, beliau kembali berniaga di pasar malam dengan menjual keropok lekor dan keropok kering. Beliau mengambil Keropok Lekor dan Keropok Kering dari Negeri Terengganu dan Kelantan dan menjualnya di sekitar Negeri Perak. Pada tahun 1993, beliau telah mula membuat keropok sendiri secara kecil-kecilan.

Sunday, 30 March 2014

Proses Operasi

Menyahbeku
Isi ikan melalui proses penyahbekukan selama 10 jam pada suhu bilik.

Mengadun
Bahan-bahan mentah diadun mengikut formulasi yang ditetapkan dengan menggunakan mesin pengaul sehingga sebati.

Membentuk
Adunan yang telah sebati dibentuk menjadi batang keropok mengikut saiz yang ditetapkan dengan menggunakan mesin pembentuk keropok (roller).

Memasak
Batang keropok yang siap dibentuk direbus sehingga terapung di permukaan air dan berwarna jernih pada permukaan keropok yang dipotong melintang.

Mengetos
Keropok yang telah masak ditos di dalam rak pengetos dan disejukkan dengan menggunakan kipas pada suhu bilik.

Membungkus
Keropok yang telah sejuk dibungkus dengan menggunakan plastik LDPE serta ditimbang mengikut berat yang dikehendaki. Sealer digunakan bagi mematri plastik pembungkus.


Penyimpanan
Keropok yang telah disejukbekukan akan disimpan di dalam peti sejuk beku dan disusun rapi pada suhu -180C sebelum diedarkan.

Thursday, 16 January 2014

Produk Keropok Tronoh

Keropok Cakoi
Keseronokkan dapat dinikmati bersama.'Secret recipe' daripada Keropok Tronoh. Ramuan istimewa keropok ini disediakan bagi menepati citarasa pelanggan yang menikmatinya. Dengan penggunaan nisbah ikan yang diuji, ia pasti menjanjikan tekstur yang terbaik.


Keropok Ball
Keenakannya tidak dapat dinafikan lagi. Nikmati keropok lekor dalam bentuk bebola. Dengan nisbah peratusan ikan lebih tinggi daripada tepung, ia pasti menjanjikan kepusan kepada anda. Gabungan Elemen kelembutan dan kerangupan dapat dirasai pada setiap kunyahan


Keropok Kering
Tekstur kerangupan dapat dirasai pada keropok ini. Dengan menggabungkan kaedah moden dan traditional, mutu dan rasa keropok ini mampu memberikan kepuasan pada setiap orang. Selain mengandungi khasiat nutrient yang tinggi, ia juga sesuai dijadikan snek pada setiap waktu.

Fish based Product-Keropok Lekor

Fish and fishery products have been important source of food for the people in this country. It has become the main source of protein supplier for the people of Malaysia. Many products can be produced through the processing of fish such as fish crackers, fish ball, surimi, fish fillet, satar ikan, nugget, burger and many more.

Fish crackers are a snack favored by people from various groups in this country as well as in neighboring countries. In Malaysia, the most popular fish crackers a known as keropok lekor. There are many companies who run their business processing crackers, especially in the state of Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor and Kedah. Usually, in this state, keropok are processed from fish, shrimp or squid blended with starch or corn flour as main materials. They also added some salt, sugar and MSG as a seasoning to give a better taste and satisfaction. Species of fish that commonly used to process the keropok is sardines, scad, bream, howl coals, jackfruit seeds, conor and others.

According to the Food Regulations 1985, fish crackers shall be provided from fish and starch where their protein contents are not less than 15 percent. The quality of crackers usually depended on the freshness of the fish, the type of fish, the ratio of the main ingredients and the preparation process. The quality can also be evaluated in terms of flavor, crunchy and fluffy when it is fried in hot oil.